Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

COVID-19: 2 Individu Lari...

PORT DICKSON - Berita dua individu yang dikatakan positif COVID-19 melarikan diri dari...

Muhyiddin Hargai Sumbangan Abu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan beliau atas...

Putin Raikan Kejayaan Politik...

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara...

Bayi Parah, 3 Cedera...

MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia sebulan parah manakala tiga yang lain termasuk...

IPD Sepang Tak Lagi Tumpuan Utama Pengamal Media

SEPANG – Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang hari ini tidak lagi menjadi tumpuan utama media tempatan dan asing susulan kes pembunuhan kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Tinjauan Bernama mendapati hanya kelihatan sekitar kurang 10 orang pengamal media menunggu di hadapan ibu pejabat polis tersebut setakat tengah hari tadi.

IPD Sepang menempatkan empat suspek yang direman berkaitan dengan kes pembunuhan berkenaan terdiri daripada dua wanita masing-masing warga Indonesia dan Vietnam serta seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Korea Utara.

Pada 13 Feb lepas, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain mengandungi cecair yang dipercayai racun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di KLIA2 tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Kategori