• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ini Jalan Terakhir Saya, Bantulah Kami Pulang”

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu yang juga merupakan rakyat Malaysia terkandas di luar negara bersama dua orang anaknya selepas diceraikan suami lebih sebulan lalu, merayu bantuan orang ramai untuk dibawa pulang ke tanah air.

Irnani Osman yang kini berada di Jeddah, Arab Saudi mendakwa telah diceraikan oleh suaminya sejak bulan Disember lalu selepas mendirikan rumah tangga selama 6 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

“Saya Irnani binti Osman, bekerja di Jeddah, sudah berumah tangga selama enam tahun bersama suami saya, Azmi Junaidi dan baru-baru ini saya diceraikan pada bulan Disember tahun lalu.”

Bagaimana pun dakwanya, bekas suami enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang ke Malaysia. Segala dokumen berkaitan seperti visa dan dokumen anak-anaknya berada dalam simpanan suami.

“Kini saya ingin pulang ke Malaysia dengan anak-anak saya. Masalahnya saya tidak dapat pulang disebabkan suami saya enggan memberi kebenaran untuk membawa anak-anak pulang, disebabkan permasalah visa dan dokumen anak-anak berada di tangan suami saya.”

Mereka anak beranak dakwanya, sudah sebulan terpaksa menumpang di rumah kawan-kawan kerana tiada tempat untuk tinggal. Pihak konsulat Malaysia yang dihubunginya sebelum ini juga didakwa tidak dapat memberi bantuan.

“Kami tidak ada tempat untuk tinggal, kami cuma menumpang di rumah kawan-kawan, selama satu bulan ini, saya cuba mendapatkan bantuan daripada pihak konsulat Malaysia di Jeddah tetapi mereka juga tidak dapat membantu,” katanya.

Justeru, Irnani merayu dan berharap kepada orang ramai serta rakan-rakan media dan NGO dapat tampil membantu mereka anak beranak untuk pulang ke Malaysia.

“Saya minta dan berharap sangat-sangat kepada sesiapa yang dapat membantu kami untuk bawa kami pulang ke Malaysia dengan secepat mungkin, kami tiada siapa-siapa di sini kami nak balik,” rayunya.

Katanya lagi, dia kini sedang mengandung anak ketiga yang berusia empat bulan di dalam kandungan.

“Saya sekarang juga tengah mengandung anak nombor tiga yang di dalam kandungan saya berusia empat bulan, saya berharap sangat dapat bantuan dari sesiapa untuk bawa kami bertiga pulang,” katanya. – MYNEWSHUB.C

Tags: Arab Saudibantuanibu tunggalJeddah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd