• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Bakal Keluar Fatwa Haram Sebar Berita Palsu

oleh
02/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengumumkan pihaknya bakal mengeluarkan fatwa mengisytiharkan penyebaran berita palsu sebagai tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar.

Indonesia kini merupakan salah sebuah negara yang mempunyai jumlah terbesar pengguna media sosial dan juga memiliki bilangan penduduk Muslim paling ramai di dunia.

Justeru, kebimbangan kian memuncak dalam kalangan masyarakat berhubung penyebaran banyak berita palsu yang mencetuskan ketegangan agama dan sikap perkauman.

“Kami akan mengeluarkannya secepat mungkin kerana keadaan sekarang amat membimbangkan,” kata Pengerusi MUI, Maaruf Amin yang dipetik media tempatan semalam.

Beliau malah menjangka dengan fatwa rasmi itu: “Kami berharap, sekurang-kurangnya umat Islam di seluruh Indonesia tidak terlibat lagi dengan penyebaran berita-berita palsu.”

Fatwa dijangka dikeluarkan sebelum pilihan raya bagi jawatan gabenor Jakarta pada 15 Februari, dengan seorang calon berbangsa Cina dan beragama Kristian yang akan bersaing sengit dengan dua calon Muslim.

Indonesia Bakal Keluar Fatwa Haram Sebar Berita Palsu

Penyandang jawatan, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai Ahok, dibelenggu dengan kes penistaan agama, di mana beliau dituduh menghina al-Quran ketika berkempen politik akhir tahun lalu.

Kes itu tercetus setelah satu rakaman video menjadi tular menerusi media sosial, yang memuat naik komen-komen dibuat oleh Basuki tentang lawannya yang menggunakan al-Quran dalam kempen masing-masing.

Sehubungan itu, ratusan ribu umat Islam yang dipimpin oleh sebuah kumpulan tegar membanjiri Jakarta untuk menunjuk perasaan terhadap Ahok dan menggesa supaya beliau dihukum penjara.

Ini mencetuskan persoalan tentang perlindungan hak-hak golongan minoriti. Presiden Joko Widodo sudah berkali-kali menggesa para pengguna media sosial supaya berhenti menyebarkan berita palsu.

Pemerintah negara itu juga sudah mengundang para eksekutif gergasi media sosial, Facebook, ke satu rundingan pada bulan ini bagi membantu membasmi masalah tersebut.

MUI, bersama-sama wakil daripada kumpulan-kumpulan Muslim moderat dan konservatif sering mengeluarkan fatwa-fatwa sedemikian namun ia lazimnya tidak membawa kesan serta merta.

Pada tahun lalu, MUI mengeluarkan fatwa mengharamkan pembakaran hutan, dalam usaha mencegah pencemaran udara yang membelenggu Asia Tenggara hampir setiap tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: fatwaIndonesiaMUI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd