• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Tanah Merah Kini Miliki Mesin Pengimbas CT

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Hospital Tanah Merah (HTM) kini mempunyai perkhidmatan pengimbas CT bernilai RM3.4 juta yang memberi manfaat kepada penduduk di jajahan Tanah Merah, Machang, Jeli dan Pasir Mas.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata dengan adanya kemudahan itu, penduduk sekitar Tanah Merah tidak perlu lagi menempuh perjalanan jauh bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini, penduduk di jajahan berkenaan terpaksa menempuh jarak perjalanan 50 kilometer untuk ke Hospital Kuala Krai atau Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

“Proses mendiagnosis dan rawatan yang berkaitan juga dapat dilakukan dengan lebih cepat. Kita anggarkan lebih 160,000 penduduk sekitar jajahan Tanah Merah mendapat manfaatnya,” katanya selepas merasmikan Bangunan dan Perkhidmatan Pengimbas CT HTM di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Anggota Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Dr Hilmi juga berkata satu blok bangunan tambahan baharu bernilai RM150 juta di HTM juga telah diluluskan dan proses pembinaannya akan bermula akhir tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Blok ini akan menempatkan tambahan 124 katil selain lima dewan bedah, klinik pakar, wad rawatan rapi dan ruangan parkir yang lebih luas. Ini akan mengatasi kesesakan di wad sedia ada dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata inisiatif tersebut juga bersesuaian dengan hala tuju kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan HTM daripada hospital pakar minor kepada hospital pakar major.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata campur tangan kerajaan DAP yang didakwa berlaku dalam urusan agama Islam termasuk dalam penentuan fatwa tidak sepatutnya berlaku.

“Urusan itu adalah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah Yang di-Pertuan Agong. Ia tidak perlu melalui kerajaan negeri dan semua itu kita laksanakan sepanjang Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang sebelum ini.

“Kita harap kerajaan negeri (DAP) akan ubah semula kepada cara asal dengan menyerahkan urusan tersebut kepada majlis agama sepenuhnya dan tidak cuba mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau mengulas laporan media berhubung dakwaan wujud campur tangan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam agama dan proses fatwa di negeri itu baru-baru ini. – BERNAMA

Tags: hospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd