• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Tarik Diri Kes Zunar Cabar Imigresen

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh kartunis, Zunar bagi mencabar larangan perjalanan keluar negara yang dikenakan terhadapnya oleh Jabatan Imigresen sejak Oktober tahun lepas.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan tersebut dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan peguam Latheefa Koya, mewakili Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifklee SM Anwarul Haque, supaya hakim itu menarik diri.

Latheefa ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memfailkan permohonan supaya hakim itu menarik diri atas alasan hakim berkenaan sebelum ini telah menolak permohonan aktivis, Hishamuddin Md Rais dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee membabitkan isu yang sama.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Rizal Fadzil, yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden, berkata permohonan itu akan didengar di hadapan hakim yang baharu.

Pada 7 Disember 2016, Zunar, 55, memohon perintah certiorari untuk membatalkan arahan sekatan perjalanan oleh responden terhadapnya yang dimaklumkan secara lisan pada 17 Oktober 2016.

Beliau memohon perintah deklarasi bahawa sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia terbatal, tidak sah dan tidak berperlembagaan, selain memohon perintah dari mahkamah untuk mengarahkan kesemua responden membenarkannya ke luar negara tanpa sekatan.

Zunar berkata beliau dihalang oleh pegawai imigresen ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)pada 17 Oktober 2016 untuk ke Singapura bagi menghadiri satu forum di sebuah universiti di sana. – BERNAMA

Tags: HakimImigresenKartunis Zunar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd