Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Pijak Gambar Najib, Hadi:...

PERBUATAN biadap peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak...

Tun M Cuba ‘Disucikan’...

KUALA LUMPUR - Ucapan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Husam Musa dalam...

Sultan Johor Sedia Dedah...

JOHOR BAHRU - Ini Johor... kami ada harga diri. Anda tidak boleh beli...

Hanya 35% Isi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Setakat 21 Februari lalu kira-kira 10.45 juta atau 35 peratus...

Guna Kekerasan Jenayah, Penghantar Barang Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar barang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam, semalam.

Muhammad Nur Rabbani Shariffuddin, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Muhammad Nur Rabbani didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Muhd Farzli Muhamad, 32, yang sedang menjalankan kewajipannya sebagai penjawat awam.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, di sini, pada 10.15 pagi, 19 Feb lepas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilla Noordin menawarkan RM5,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam Eric Paulsen memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mampu membayar jaminan sebanyak RM1,500.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula. – BERNAMA

Kategori