• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gibbons Raih Kemenangan Podium Keempat LTdL 2017

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons daripada Team Dimension Data meneruskan rentak kayuhan cemerlang apabila menjuarai peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 sejauh 151.5km dari Meru Raya, Ipoh ke Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.

Kejayaan itu kemenangan podium keempat baginya selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua pada peringkat pertama, Rabu lepas, dan juga tempat ketiga masing-masing di peringkat kedua dan keempat pada Khamis lepas dan semalam.

Kemenangan hari ini menyaksikan pelumba berusia 22 tahun itu mengekalkan jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, yang dimenanginya sejak peringkat kedua, di samping merampas jersi Teal sebagai Raja Pecut daripada pelumba Australia, Scott Sunderland yang mewakili pasukan IsoWhey Sports SwissWellness.

Pelumba pecut dari Itali, Jakub Mareczko daripada Team Wilier Triestina dan pelumba Amerika Syarikat Travis McCabe yang mewakili UnitedHealthCare Pro Cycling Team, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Seorang lagi pelumba Itali, Marco Benfatto daripada Androni Giocattoli, yang sebelum ini menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, diturunkan ke kedudukan ke-73 selepas Komisar Perlumbaan mendapati beliau melanggar peraturan setelah melakukan pecutan tidak sepatutnya semasa perlumbaan.

Ketua Pegawai Perlumbaan, Ibrahim Omar memutuskan kesemua 10 pelumba teratas mencatat masa yang sama 3 jam 27 minit dan 20 saat selepas mereka menamatkan perlumbaan dalam kelompok.

Pelumba Itali, Fausto Masnada daripada Androni Giocattoli dinobatkan selaku Pelumba Paling Agresif, manakala pelumba Denmark John Kronborg Ebsen daripada Infinite AIS Cycling Team, mempertahankan jersi Merah sebagai Raja Bukit.

Kapten Terengganu Cycling Team, Mohd Zamri Salleh muncul pelumba terbaik Malaysia pada perlumbaan hari ini, selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam daripada 107 pelumba.

Rakan sepasukannya, Mohd Shahrul Mat Amin mengekalkan kedudukan selaku pelumba terbaik Malaysia selepas mencatat masa keseluruhan 19 jam 58 saat, selepas lima peringkat perlumbaan.

Bercakap kepada pemberita, Gibbons berkata beliau sangat gembira kerana dapat mengekalkan jersi Kuning, di samping memenangi jersi Teal, namun pada masa yang sama perlu fokus bagi mempertahankan status selaku pendahulu keseluruhan sehingga tamat saingan LTdL.

“Kejayaan hari ini sudah tentu melegakan saya selepas gagal berbuat demikian pada dua peringkat perlumbaan sebelum ini. Saya gembira dapat memberikan kemenangan ini kepada pasukan.

“Memenangi jersi Teal adalah bonus kepada saya, namun fokus utama saya pada masa ini adalah untuk mengekalkan jersi Kuning,” kata Gibbons.

Peringkat keenam, esok, melibatkan jarak perlumbaan sejauh 176.3km dari Senawang ke Muar, menampilkan tiga zon pecutan – Johol, Bemban dan Ayer Molek, serta tiga zon pendakian di Bukit Putus, Seri Menanti dan Inas. – BERNAMA

Tags: LTDL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penonton LTdL Lari Selamat Diri, Konon Kereta Ada Bom

26/02/2017
0

SERI ISKANDAR - Para penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan berbasikal Le Tour de langkawi (LTdL) bagi peringkat keempat di...

Travis McCabe Menang Peringkat Kedua LTdL 2017

23/02/2017
0

GERIK - Pelumba Amerika Syarikat, Travis McCabe daripada UnitedHealthCare Pro Cycling Team, memenangi peringkat kedua perlumbaan berbasikal Le Tour de...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd