• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penonton LTdL Lari Selamat Diri, Konon Kereta Ada Bom

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Para penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan berbasikal Le Tour de langkawi (LTdL) bagi peringkat keempat di sini hari ini terpaksa lari untuk menyelamatkan diri apabila seorang individu menjerit memberitahu kononnya terdapat bom di dalam keretanya.

Difahamkan kereta Mercedes itu yang dipandu lelaki berkenaan dilihat mengekori di belakang para pelumba sebelum ditinggalkan di persimpangan lampu isyarat Bota Kiri kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Pemandu itu kemudiannya kelihatan turut keluar daripada keretanya dan menaiki pula sebuah Proton Wira.

“Saya terkejut apabila kereta berkenaan berhenti di tengah-tengah persimpangan jalan sebaik sahaja pelumba terakhir melepasi kawasan berkenaan.

“Pemandunya tiba-tiba keluar dari kereta dan menjerit menyuruh penonton menyelamatkan diri kerana terdapat bom di dalam keretanya.

“Semua penonton kemudiannya berlari menyelamatkan diri dan pemandu tersebut dilihat turut melarikan diri menaiki kereta lain,” kata seorang saksi Zulkifli Mohd Ariffin, 50.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah yang turut berada di lokasi perlumbaan mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menunggu Unit Pemusnah Bom dari Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang bagi memeriksa kereta berkenaan. – BERNAMA

Tags: BomLTDL 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd