Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Laporan Awal Siasatan Nahas...

KUCHING - Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter AS350 oleh Biro Siasatan Kemalangan...

Rentas Negeri Masih Tidak...

KUALA LUMPUR - Rentas negeri masih tidak dibenarkan memandangkan status kes Covid-19 di...

Terbaik, Langsir Bilik Air...

TIDAK dinafikan ada di antara kita gemar menghabiskan masa yang terlalu lama dalam...

Mesin Taip Bagi Kod...

BUCHAREST – Sebuah mesin taip bagi menulis kod rahsia pada Perang Dunia Kedua,...

Gas Bocor, Lelaki Indonesia Cedera Disambar Api

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah selepas disambar api akibat kebocoran gas ketika sedang memproses ayam di Pasar Batu Lanchang di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa Imron Surini, 35, melecur di bahagian perut, dada dan paha selepas disambar api berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata semasa kejadian lelaki yang bekerja secara sambilan itu datang awal dan semasa menghidupkan api dapur tiba-tiba api menyambar mangsa.

“Ketika kejadian lelaki itu bersendirian dan rakan sekerjanya yang lain belum sampai lagi dan dia dibantu peniaga lain sebelum bomba tiba.

Difahamkan mangsa sempat balik ke rumahnya di Relau selepas kejadian itu sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang oleh kakak iparnya menaiki teksi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Mior Faridalathrash berkata mangsa masih dirawat di hospital serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata polis turut merakamkan keterangan majikan dan beberapa pekerja di pasar itu bagi membantu siasatan dan menolak kejadian berkenaan mempunyai kaitan jenayah.

Katanya menurut majikan lelaki itu, kemungkinan terdapat kebocoran paip gas daripada tong gas ke dapur dan apabila api dinyalakan berlaku kebakaran dan terus menyambar mangsa. – BERNAMA

Kategori