• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Frost ‘Kunci Mulut’ Komen Kontroversi Dengan LCW

oleh Ahmad Albab
10/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mengambil tindakan kunci mulut mengenai kontroversi hubungannya dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Hubungan Chong Wei dan Frost jelas kelihatan bermasalah apabila mereka berdua kelihatan tidak bertegur sapa ketika berselisih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pagi ini.

“Saya tidak ada apa-apa komen. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan. Mengenai gelanggang itu, saya fikir lebih baik tanya Pengurus Besar BAM Lawrence Chew. Setakat ini saya tidak terima sebarang laporan mengenai kecederaan pemain lain selepas menggunakan gelanggang itu (kecuali Chong wei),” katanya kepada pemberita di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.

Chong Wei mengalami kecederaan MCL (Medial Collateral Ligament) pada Sabtu dan telah menyalahkan pihak BAM kerana tidak menghiraukan aduannya sebelum ini mengenai permukaan gelanggang baharu yang licin serta mengundang bahaya kepada pemain.

Baca: Chong Wei Naik Angin ‘Disuruh’ Bersara

Kecederaan itu menyebabkan Chong Wei terpaksa melupakan hasratnya bertanding pada Kejohanan All England Mac ini.

Namun kecederaan Chong Wei bukan isu utama kerana pemain nombor satu dunia itu dengan lantang mempersoalkan kenyataan Frost yang menyebut tentang persaraannya dalam arena badminton kepada jurulatih Hendrawan.

Chong Wei berkata Frost sepatutnya bersemuka dengan beliau sekiranya mahu bercakap soal persaraan beliau dan bukannya melalui pihak ketiga.

Isu dua ikon badminton itu bukan satu perkara baharu malah kes mereka kaliini bukan disebabkan kecederaan sahaja tetapi lebih bersifat peribadi kerana ia merupakan kesinambungan perbalahan yang pernah tercetus pada 2015.

Frost dikatakan tidak membenarkan jurulatih Tey Seu Bock mengiringi Chong Wei ke Terbuka Jepun ketika itu. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiMorten Frost Hansen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd