Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Belia Perlu Diberi Pendedahan...

MELAKA - Lebih banyak belia perlu diberi pendedahan tentang proses membuat keputusan di...

Tindakan Terhadap Pembeli Rokok...

KEPALA BATAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil...

Air Pasang: 3 Pusat...

ALOR SETAR - Tiga pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang ditutup petang...

Dr Hasnita Dilantik Pengerusi...

PUTRAJAYA – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Dr Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi...

Emma Stone Pernah Alami Penyakit Mental

AKTRES Emma Stone yang kini mendapat jolokan American Sweetheart pernah mengalami penyakit mental pada usianya lapan tahun.

Emma atau nama sebenarnya Emily Jean Stone, 29, mengalami gejala panik berlebihan mengakibatkan dia menjadi takut dengan persekitarannya dan sentiasa menyendiri.

Ibu-bapa membawa pelakon ini mendapatkan rawatan terapi agar dia mampu mengendalikan rasa takut dalam dirinya.

Kemudian, dia dihantar ke kelas teater dan mula terdedah dengan dunia lakonan seawal usia 11 tahun.

Ibu-bapa menyokong keinginan Emma untuk meneruskan dunia lakonan dan teater sehingga dia berubah menjadi seorang wanita yang berani berekspresi.

Dia kemudian berusaha menghadiri pelbagai uji bakat lakonan sehingga berjaya dipilih membintangi filem pertama berjudul Superbad.


Bakatnya semakin hari semakin menyerlah dan mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem Hollywood.

Emma Stone Pernah Alami Penyakit Mental
Emma sebagai Mia dalam La La Land bergandingan dengan Ryan Gosling.

Pencapaian filem terbaharunya iaitu La La Land juga membuktikan bakat lakonannya yang tidak boleh dinafikan apabila memenangi dua anugerah kategori Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes dan SAG Awards 2017 yang berlangsung baru-baru ini.

Selain itu, namanya juga disebut-sebut bakal membawa pulang trofi berprestij di Anugerah Oskar 2017 yang bakal berlangsung 26 Februari ini. – mStar Online

Kategori