• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elakkan Suasana Tidak Harmoni Bola Sepak Malaysia

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mengambil pendirian untuk berdiam diri berhubung dakwaan beliau mendapat bantuan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mengisi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau membuat keputusan untuk tidak membalas ‘serangan’ keatasnya itu bagi mengelakkan suasana tidak harmoni berlaku dalam bola sepak Malaysia hanya kerana pertandingan bagi merebut kerusi Presiden FAM.

“Saya diminta komen kenyataan tertentu berkaitan pemilihan Presiden FAM. Saya fikir biarlah saya diam dan tidak menambah gawat sesuai dengan tempoh bertenang yang saya janjikan.

“Lagipun saya tetap menghormati semua pihak dan mahukan suasana harmoni dalam bola sepak Malaysia. Selepas pemilihan FAM perlu kekal dihormati dan perlukan kerjasama banyak pihak.

“Elok ruang yang ada saya gunakan untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas ini untuk memperbaiki dan transformasi bola sepak Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain Annuar, seorang lagi calon bagi menjadi Presiden FAM ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Annuar sejurus dicalonkan pernah memaklumkan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan atau berkempen untuk memenangi jawatan itu bagi mengelakkan polemik dalam bola sepak Malaysia.

Bagaimanapun, Tunku Ismail semalam mendakwa banyak ahli gabungan FAM akan memberi sokongan kepada Annuar bagi mengisi jawatan Presiden FAM kerana diarahkan oleh Menteri Belia dan Sukan.

Namun, pada 6 Februari lalu dilaporkan sebanyak 14 ahli gabungan FAM yang akan mengundi dalam pemilihan itu telah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon baginda memperkenankan Tunku Ismail bertanding.

Laman Facebook rasmi JDT dalam ulasannya berhubungan perkara itu menyatakan delegasi ramai ahli gabungan FAM menghadap Sultan Johor untuk mencalonkan Tunku Ismail pada 6 Februari 2017 sudah ‘memenangkan’ baginda untuk menjadi Presiden FAM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaFAMKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd