• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bangunan Tahfiz Tergadai Angkara Pinjam Ah Long

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerana mahu menambah pendapatan bagi menguruskan pusat tahfiz, seorang pengetua yang bergelar ustaz sanggup meminjam wang daripada Ah Long dan mengadaikan dua buah bangunan tahfiz yang diwakafkan untuk asrama pelajar di Ipoh, Perak.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 an itu ‘termakan’ nasihat daripada kenalannya untuk membuat pelaburan forex dengan meminjam wang daripada Ah Long.

Menurutnya, yakin kononnya pelaburan forex akan membawa keuntungan, pengetua tersebut meminjam wang sebanyak RM200,000 dan mencagarkan dua buah bangunan tahfiz kepada Ah Long.

Jelasnya, pelaburan tersebut tidak mendatangkan hasil dan pengetua tersebut terpaksa ‘berputih mata’ apabila bangunan tahfiz yang mula beroperasi kira-kira empat tahun lalu dengan menempatkan kira-kira 80 pelajar tergadai.

“Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Ustaz tersebut memohon bantuan PPIM, hasil siasatan mendapati jumlah hutang termasuk pelbagai caj (faedah, penalti dan lain-lain) telah meningkat kepada RM600,000.

“Setelah perancangan teliti dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ah Long yang berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pihak Ah Long mahu mangsa menyelesaikan jumlah pinjaman tidak termasuk bunga tetapi mangsa tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya sehinggakan bangunan tersebut tergadai.

Nadzim berkata, kes tersebut berlaku tahun lalu dan kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang maklum balas daripada mangsa mengenai nasib tahfiz berkenaan.

Jelasnya, ramai mangsa Ah Long terjerat kerana menyangkakan mereka mampu berurusan secara sendiri dengan peminjam wang itu tanpa sebarang masalah yang akhirnya jangkaan tersebut nyata meleset.

“Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.

“Untuk makluman semua, Ah Long menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ah Long akhirnya menjadi hamba Ah Long untuk selama-lamanya,” katanya yang sering berhadapan dengan kes yang sama.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Banteras Ceti Haram PPIM ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444 jika mempunyai masalah berkaitan dengan Ah Long.

Nadzim dengan tegas turut menasihatkan orang ramai agar jangan sesekali meminjam daripada Ah Long. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ah LongBangunanIpohtahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd