• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr. Irmohizam: Nampak Skema Tapi Kasual & Simple

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YB Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim kini empat tahun sudah menjadi Ahli Parlimen. Antara calon underdog BN ketika menewaskan Dr. Zulkifli Ahmad calon Pas yang dianggap pakar strategi pilihanraya. Dr. Irmohizam menang tipis di Kuala Selangor dengan majoriti kurang 500 undi.

Ketika bertanding Dr. Irmohizam orang baharu dalam politik. Usia muda dan pengalamannya dilihat sangat mentah berbanding Dr. Zulkifli yang dianggap nama besar dalam kepimpinan Pas. Apatah lagi, pada PRU 13 2013, BN dan Umno turun dengan rekod sebagai pembangkang di Selangor.

Dr. Irmohizam secara lateral memang muka baru waktu itu. Seorang Pegawai Khas Perdana Menteri dengan pengalaman empat tahun di Pejabat PM.

Dr. Irmohizam: Nampak Skema Tapi Kasual & Simple

“Saya bertanding dengan semangat untuk berkhidmat. Memang pengalaman kurang, tetapi saya percaya pada setiap seribu langkah yang besar mesti bermula dengan langkah pertama,” katanya ketika di temui di KL Pop Fest Ogos 2013.

Dr. Irmohizam secara personaliti sangat lembah-lembut; merendah diri dan senang dengan imej good boy. Di situ dia menakah satu demi satu langkah dalam politik. Dia mengetuai Majlis Belia Selangor dan kemudian sebagai MP dilantik menjadi Pengerusi LKIM.

Hari ini video Dr. Irmohizam bermain dengan ular sawa viral di internet. Jelas nampak ular bukan mainan dan minatnya. Namun dia berusaha memegang dan mengendalikan jalaran ular di lengan.

“Saya teringat masa kecil,” katanya dalam video 46 saat itu.

Dr. Irmohizam mengendalikan ular sawa batik sepanjang 1.5 meter ketika menyertai program JPJ di Ijok semalam.

Seperti selalu, Dr. Irmohizam berusaha membaiki persekitaran kerjayanya. Selain iltizam dan komitmen yang istiqamah dalam aktiviti menjaga masyarakat Kuala Selangor dengan mengikuti pelbagai majlis dan sesi, MP muda ini sentiasa menghabiskan masa hujung minggu di kawasannya.

Dr. Irmohizam: Nampak Skema Tapi Kasual & Simple

Dari majlis kenduri kahwin, ke acara di surau dan masjid, malah bergaul dengan remaja dan anak muda, Dr. Irmohizam mengekalkan komitmennya dalam kesibukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Teruskan Dr. Irmohizam. Rakyat tidak perlukan MP yang berdegar-degar cakapnya. Rakyat sekarang tidak hairan pada MP yang jaguh berkelahi dan pakar berdebat. Rakyat mencari seorang yang sederhana dan prihatin serta efisien. Rakyat mahukan watak yang cool dan sempoi saja ketika suhu politik masa kini dipenuhi dengan watak-watak bombastik yang sudah tidak keruan.

Ahli politik yang baik bukan meriam perang. Rakyat perlukan MP yang simple, kasual tetapi ikhlas dan istiqamah dalam menguruskan kepentingan soal rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahli ParlimenDatuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd