• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bush Kritik Trump Isu Politik, Media

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat dari Republikan, George W Bush, mengkritik Donald Trump semalam, dalam komen terbuka berkaitan politik dan media yang jarang dilakukannya terhadap presiden baharu itu.

Presiden ke-43 Amerika Syarikat (AS) itu, yang pernah terbabit dalam pergelutan dengan media ketika mentadbir, menolak dakwaan Trump bahawa media adalah ‘musuh rakyat AS.’

“Saya menganggap media amat penting kepada demokrasi. Kita memerlukan media untuk mengetahui penilaian orang ramai seperti saya,” kata Bush kepada program ‘Today’ terbitan NBC.

Kenyataan kesat Trump dikritik sebagai diktator, namun media kekal sebagai ‘pesalah’ dalam kalangan penyokongnya.

Di tengah gelombang kebocoran daripada Rumah Putih dan laporan siasatan terhadap kaitan kempennya dengan Russia, Trump berulang kali menggelar media sebagai ‘berita palsu.’

Pembantu berpengaruh Trump, Steve Bannon gemar merujuk media sebagai ‘parti pembangkang.’

Bush memberi tindak balas sentimen itu dengan mengatakan, ‘kuasa boleh menjadi sesuatu yang sangat ketagih dan adalah penting kepada media menggesa mempertanggungjawabkan individu yang menyalah guna kuasa.’

Bush juga menyifatkan komen Trump sebagai merendah-rendahkan usaha mempromosi demokrasi dan kebebasan media di luar negara. – AFP/BH ONLINE

Tags: George W Bush
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Lempar Kasut Pada Bush Bakal Presiden Iraq?

02/05/2018
0

BAGHDAD - Wartawan penyiaran televisyen Arab, Muntadhar al-Zaidi yang pernah mencetuskan kontroversi dengan baling kasut ke arah bekas Presiden Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd