• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lempar Kasut Pada Bush Bakal Presiden Iraq?

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Wartawan penyiaran televisyen Arab, Muntadhar al-Zaidi yang pernah mencetuskan kontroversi dengan baling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pada tahun 2008 lalu, dikatakan sedang mengejar kerusi Parlimen di Iraq.

Kira-kira 10 tahun selepas insiden tersebut, Zaidi mengimpikan kerusi di dalam Majlis Perwakilan Iraq, lapor IB Times.

Negara bergolak itu bakal mengadakan pilihan raya pada 12 Mei ini bagi jawatan presiden dan perdana menteri serta bakal melantik 238 orang ahli di dalam majlis perwakilannya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai rasional tindakan beraninya itu kepada wartawan Rusia, Anissa Naouai dalam satu wawancara pada tahun 2015 yang lalu.

“Saya (al-Zaidi) melakukannya kerana pembunuhan lebih 1.5 juta rakyat Iraq dan lima juta lagi kehilangan tempat tinggal.

“Lebih lima juta kanak-kanak menjadi anak yatim dan lima juta wanita menjadi balu. Ia sebagai tambahan kepada kecurian sumber asli Iraq, kemusnahan dan perpecahan di negara ini,” ujarnya.

Dalam kejadian itu, al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik ketika membuat lawatan perpisahan ke negara teluk itu pada 2008.

Ketika Bush sedang berucap, tiba-tiba al-Zaidi berteriak dalam bahasa Arab: “ini ciuman perpisahan untuk kamu, anjing!” sebelum membaling sebelah kasut yang dipakainya.

Bush bagaimanapun sempat mengelak dan mendakwa wartawan itu hanya melakukannya untuk mendapatkan perhatian ramai.

Namun, al-Zaidi menolak dakwaan tersebut dan mengakui bahawa dia memang telah merancang terlebih dahulu sebelum bertindak demikian.

Akibat tindakannya itu, akhirnya dia telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, tetapi kemudiannya dikurangkan menjadi sembilan bulan.

“Saya bukanlah seorang hero. Saya cuma bertindak sebagai seorang warga Iraq yang telah menyaksikan kesakitan dan pertumpahan darah terlalu ramai rakyat yang tidak bersalah.

“Saya tidak melakukan semata-mata kerana mahu ‘lakar sejarah’ atau untuk kepentingan materialistik. Saya hanya mahu mempertahankan tanah air saya,” kata Zaidi kepada akhbar The Guardian.

Bagi memperingati tindakan berani Al-Zaidi itu, sebuah monumen berbentuk kasut telah didirikan pada tahun berikutnya di Tikrit, iaitu bandar kelahiran bekas presiden Iraq, Saddam Hussain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: George W BushIraqSaddam Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

19/08/2023
0

LUMUT – Kerajaan akan membuka kembali Kedutaan Besar Malaysia di Iraq dalam masa terdekat selepas perincian berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd