• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Ditahan Miliki Heroin 1,404 Gram Di Taiping

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan seorang buruh kerana memiliki heroin seberat 1,404 gram bernilai RM35,100 di Taiping pada Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP V. R. Ravi Chandran berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan dibantu anggota dari daerah Taiping di tepi jalan di Simpang, Taiping pada 11 malam.

“Hasil daripada pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi dadah jenis heroin anggaran berat 1,404 gram.

“Pihak kami juga telah merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik suspek,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Menurut Ravi, hasil semakan, pihak polis mendapati suspek mempunyai lapan rekod kesalahan lampau yang mana kesemuanya berkaitan dengan kes jenayah dan dadah.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian air saringan awal air kencing. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya.

Ravi berkata dadah yang dirampas dipercayai untuk diedar sekitar Taiping itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 930 orang penagih.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. – BERNAMA

Tags: Buruhkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd