• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buat Apa Tiga Tahun Di Malaysia?”

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSPEK keempat yang ditahan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam menetap di Malaysia lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang dinyatakan dalam permitnya ataupun menerima gaji.

Ri Jong Chol, 47, mempunyai visa kerja Malaysia yang menunjukkan dia merupakan kakitangan di Tombo Entreprise.

Bagaimanapun, menurut pemilik syarikat itu, Chong Ah Kaw memberitahu Jong Chol tidak pernah masuk bekerja atau menerima gaji daripada syarikatnya.

"Buat Apa Tiga Tahun Di Malaysia?"

Ak Kaw berkata, dia hanya memudahkan visa kerjanya dengan menyatakan dalam dokumen sokongan bahawa Jong Chol adalah pengurus pembangunan produk di Jabatan Teknologi Maklumat dengan gaji RM5,500 sebulan.

“Ia hanya formaliti, hanya dokumen. Saya tidak pernah membayar gajinya. Saya tidak tahu bagaimana dia hidup di sini. Saya tidak tahu di mana dia mendapat duit,” kata Ah Kau memetik laporan Harian Metro.

Ah Kaw yang kerap berkunjung ke Korea Utara berkata, dia hanya cuba ‘membantu’ Jong Chol.

Katanya, Jong Chol menyewa apartmen di Kuchai Lama dan anak perempuannya menuntut di HELP University. Perkara ini disahkan HELP University.

Ah Kaw berkata, dia mula-mula berkenalan dengan Jong Chol pada 2013 apabila warga Korea Utara itu bertemunya di Kuala Lumpur.

Katanya, Jong Chol bersaudara dengan pencipta ekstrak cendawan yang mempunyai kesan anti-kanser, Dr. Mun Ho.

Mereka membincang peluang perniagaan, seperti import minyak sawit, dengan anak perempuan Jong Chol sebagai penterjemah. Bagaimanapun, perbincangan itu tidak membuahkan hasil, katanya.

Kedua-dua mereka bertemu buat kali terakhir pada Januari lalu.

Ah Kau sudah disoal polis dan berkata, dia sedia menghadapi apa-apa tindakan akibat menyerahkan maklumat palsu kepada kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKorea UtaraSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd