• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Terbalik: Kakitangan Unisza Dikhuatiri Hilang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Seorang pembantu awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri hilang selepas bot gentian kaca (fiber) yang dinaikinya untuk memancing dipercayai terbalik dalam kejadian di Pantai Teluk Ketapang, di sini, semalam.

Mangsa Wan Abdul Manan Wan Ahmad, 49, dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah kira-kira pukul 10 malam tadi selepas keluar memancing bersendirian pada pukul 6.30 petang semalam.

Menurut isterinya, Kasiah Harun, 42, jika keluar memancing, suaminya akan pulang ke rumah sebelum pukul 8 malam namun semalam beliau tidak pulang ke rumah seperti kelazimannya.

“Saya kemudian membuat panggilan ke telefon bimbitnya tetapi lebih 10 kali saya menghubunginya panggilan tidak diangkat.

“Saya cuba menelefon lagi pada 10 malam namun talian sudah tiada,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.

Kasiah berkata pada awalnya dia menjangkakan suaminya itu keluar minum bersama rakan-rakannya yang lain dan mencari suaminya di sekitar pantai namun beliau tidak ditemui.

“Kebelakangan ini suami kerap pengsan dan bila disuruh melakukan pemeriksaan doktor dia hanya mendiamkan diri. Saya juga sering menasihati suami untuk tidak ke laut dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.

“Semalam sebelum keluar ke laut dia memang sudah memaklumkan…dia seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik,” katanya. – BERNAMA

Tags: bot
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd