• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Pelancong Karam Di Sabah: Tekong Dipenjara 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tekong bot pelancong yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada 28 Jan lalu, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas dia mengaku bersalah membawa muatan melebihi had yang dibenarkan oleh lesen bot berkenaan.

Sharezza Salian, 26, yang tidak diwakili peguam dan enggan melantik peguam untuk mewakilinya, mengaku melakukan kesalahan itu di jeti Pondok Hentian Rehat di Lorong Tun Mustapha, Kampung Tanjung Aru Lama, pada 28 Jan lalu, kira-kira jam 9.15 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan dibaca menurut Seksyen 34 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sharezza memberitahu mahkamah bahawa semasa kejadian, bot yang dikendalikannya membawa 28 penumpang melebihi had 12 penumpang yang dibenarkan.

Dalam rayuannya, Sharezza memberitahu mahkmamah dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik dan daripada keluarga yang susah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Aida Fatimah Abd Jabar yang memohon agar hukuman maksimum dikenakan ke atas tertuduh, berkata kesalahan Sharezza melibatkan kepentingan awam dan hukuman perlu mengambil kira faktor berkenaan melebih kepentingan tertuduh.

Katanya hukuman maksimum itu juga perlu sebagai pengajaran kepada pengendali bot pelancong yang lain agar sentiasa mematuhi peraturan dan tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang semata-mata kerana tamakkan keuntungan.

Sementara itu, Ainul Shahrin menetapkan 6 Feb ini untuk sebutan semula kes pemilik syarikat bot karam jenis katamaran yang tuduh bersama dengan Sharezza mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan selepas tertuduh gagal memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan Leong Vin Jee, 43, yang diwakili peguam Edward Paul, dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 yang didepositkan sepenuhnya dengan seorang penjamin tempatan manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 22 mangsa dijumpai selamat dan tiga mati. – BERNAMA

Tags: bot karamPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd