• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Penjawat Awam Tak Ditambah Atau Dikurangkan

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kerajaan tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan penjawat awam, malah mengambil pendekatan ‘redeployment’ jika ada keperluan mewujudkan perjawatan baharu pada masa depan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata jumlah 1.6 juta penjawat awam kini dilihat sudah memadai memandangkan golongan itu dilatih untuk bertugas secara ‘multitasking’, termasuk ke arah menghapuskan jawatan yang tidak lagi relevan sesuai dengan perubahan semasa.

Beliau berkata ia adalah langkah yang diambil kerajaan sejak 2012 untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan bagi sektor itu dan ia masih dilaksana hingga ke hari ini.

“Semua penjawat awam sedia ada atau yang baharu perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan.

“Kita tidak kurangkan perjawatan awam, mungkin ada beberapa jawatan dahulu hilang peranannya namun diganti dengan tugas baharu yang mengikut keperluan semasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ali berkata pihaknya turut menerima banyak permintaan untuk menambah perjawatan baharu dalam agensi kerajaan termasuk sektor keselamatan, namun ia akan diteliti dan dipertimbang kewajarannya terlebih dahulu.

Dalam soal ini, beliau berkata kerajaan akan melihat sama ada penggunaan konsep ‘redeployment’ adalah lebih sesuai atau sebaliknya bagi mengelak wujud kembali perjawatan yang tidak perlu.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) mencapai sasaran sepatutnya selaras dengan hasrat kerajaan yang menjadikan tahun 2017 sebagai tahun penyampaian perkhidmatan.

Terdahulu, Ali merasmikan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya di sini bernilai kira-kira RM4 juta hasil sumbangan Yayasan Rafulin untuk manfaat warga sekolah dan penduduk sekitar.

Beliau sekali gus menggesa lebih banyak pihak termasuk sektor korporat berganding bahu dengan kerajaan untuk menambah serta menambah baik prasarana institusi pendidikan. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd