• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap! Wanita Ini Koyak, Bakar, Kencing Atas Al-Quran

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita di Slovakia nampaknya cuba menyalakan provokasi terhadap umat Islam apabila merakam dirinya kencing di atas helaian Al-Quran sebelum membakarnya.

Menerusi video berdurasi tujuh minit itu, wanita yang tidak diketahui identitinya, dilihat melakukan aksi jijik itu di hadapan bendera kebangsaan Slovakia di sebuah hutan.

Dia dilihat mengoyakkan kitab Al-Quran helaian demi helaian sebelum bertindak melondehkan seluar lalu kencing di atasnya dan kemudian membakarnya menggunakan petrol.

Biadap! Wanita Ini Koyak, Bakar, Kencing Atas Al-Quran

Malah dia juga menggelarkan orang Islam di negara itu sebagai ‘parasit’.

“Saya akan memburu anda semua seorang demi seorang. Tak kira sama ada wanita, kanak-kanak atau lelaki. Saya akan tentang sesiapa yang cuba menghalang saya.

“Saya tidak peduli dengan aduan jenayah. Itu tidak akan menghalang saya. Ini pesanan saya untuk semua orang termasuk polis, tiada siapa boleh menghalang saya,” ugutnya.

Pihak polis tempatan mengesahkan ada menerima aduan berkaitan video yang tersebar itu dan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.

Walau bagaimanapun, satu laporan dikeluarkan mengatakan suspek wanita itu telah melarikan diri ke Finland.

Pakar undang-undang jenayah negara itu, Lucia Kurilovska menyifatkan video itu sebagai melampau dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan wanita berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Al-Quranbakarkencing
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd