• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemandu Kastam Ditahan Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang lelaki semalam kerana menerima rasuah bernilai RM2,500 dengan menyamar sebagai pegawai kastam.

Lelaki berumur 52 tahun itu ditahan selepas menerima wang suapan daripada seorang lelaki di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng, dekat Batu Pahat, kira-kira pukul 2.30 petang.

Difahamkan, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam dan meminta mangsa yang merupakan peniaga membayar wang berjumlah RM2,500 supaya tidak mengambil tindakan terhadap kedainya di Paloh, Kluang kerana menjual rokok dan arak tanpa cukai sah daripada kastam.

Lelaki tersebut yang merupakan bekas pemandu Jabatan Kastam Diraja Malaysia didapati sudah dibuang kerja, tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata pihaknya akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kluang, esok, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kes berkenaan katanya disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd