• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM: Projek Khas Bantu Chong Wei Raih Gelaran Dunia

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menubuhkan satu projek khas bagi membantu jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini.

Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek khas itu khusus untuk membantu Chong Wei menghadapi beberapa kejohanan dengan sasaran utama memenangi Kejohanan Dunia.

“Setelah mendapat pandangan daripada semua anggota C&T, kita mengambil keputusan membahagikan struktur kejurulatihan sedia ada.

“Hendrawan dan Tey Seu Bock serta lima pemain lain akan berada dalam projek khas ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di sini, hari ini.

Lima pemain yang dimasukkan dalam projek itu ialah Chong Yee Han, Lim Chi Wing, Soong Joo Ven, Soo Teck Zhi dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Mohamad Norza menjelaskan BAM juga telah menetapkan jurulatih perseorangan, Hendrawan menjadi ketua jurulatih dalam projek khas itu.

“Beliau akan melaporkan terus kepada Pengerusi C&T dan akan menjadi seorang daripada anggota C&T,” katanya.

Menurut Norza, rancangan berkenaan adalah untuk merealisasikan cita-cita Chong Wei sendiri yang mahu melahirkan pemain-pemain yang boleh menggantikan tempatnya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen menyambut baik penubuhan projek khas berkenaan dan menjelaskan ia merupakan idea asal beliau.

“Ia adalah keputusan yang baik dan sebenarnya, ini adalah cadangan saya dan mereka (BAM) membuat beberapa penyesuaian. Secara keseluruhannya, ia adalah idea yang baik,” katanya.

Projek khas itu telahpun bermula hari ini dan akan dijalankan sehingga berakhirnya Kejohanan Dunia, Ogos nanti.

Penubuhan projek khas berkenaan juga dilihat sebagai jalan penyelesaian yang diambil BAM dalam menangani perselisihan antara Chong Wei-Frost yang hangat diperkatakan ketika ini. – BERNAMA

Tags: BAMdatuk lee chong wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd