• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Jong-nam Selesai Ujian DNA 9 Jam Di IPFN HKL?

oleh
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat buah kenderaan polis dilaporkan berjaya keluar daripada pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi Selasa.

Menurut laporan portal The Star Online, kenderaan terbabit daripada Pasukan Khas Tangani Jenayah Terancang (Stafoc) dilihat meninggalkan bangunan IPFN pukul 10.20 pagi selepas hampir sembilan jam berada di situ.

Sekumpulan besar wakil media tempatan dan antarabangsa turut berkumpul di luar IPFN seawal jam 8 pagi bagi menanti kedatangan Kim Han-sol, anak lelaki sulung Kim Jong-nam yang mati dibunuh pada 13 Februari lalu.

Han-sol, 21, dikatakan berada di IPFN untuk menjalani prosedur pemeriksaan asid Deoxyribonucleic (DNA) dan membantu proses bedah siasat terhadap identiti mayat mendiang bapanya yang maut secara misteri baru-baru ini.

Berita kedatangan Han-sol dari Macau, China menyebabkan petugas media sanggup bergegas dan berkumpul di dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) di Sepang, Selangor lewat petang Isnin.

Bagaimanapun, mereka hampa apabila kelibat Han-sol langsung tidak muncul dan dia dipercayai berjaya dibawa keluar oleh pihak berkuasa menerusi laluan lain atas faktor keselamatan ekoran kes bunuh berprofil tinggi tersebut.

Akhbar-akhbar Britain pada 19 Februari lalu melaporkan Han-sol terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Oxford susulan berita pembunuhan bapanya yang turut menggemparkan dunia.

Jong-nam, yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas diserang dua wanita asing di terminal Klia2. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kes bunuhKim Han-solKim Jong-NamKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd