Wednesday, May 15, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Maut Rempuh...

MARAN - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera ringan selepas merempuh belakang...

Sultan Perak Ringankan Hukuman...

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan ​​​​​​meringankan hukuman mati terhadap dua...

Ulangi Dukung Amalan Industri...

PUTRAJAYA – Malaysia mengulangi komitmennya untuk mengamalkan tunggak 3-P industri minyak sawit lestari,...

Vivian Lee Kesal Curang,...

Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya. Itulah yang boleh dikatakan terhadap blogger 'berani...

Allahyarham Adenan Akan Dikenang Selama-Lamanya

KUCHING – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tanjong Datu semalam bermakna nama dan legasi Ketua Menteri Sarawak kelima, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, akan dikenang dan disanjung untuk selama-lamanya, kata seorang penganalisis politik.

Pengerusi Jawatankuasa Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata Adenan akan dikenang serta dihormati sampai bila-bila, bukan sahaja kerana apa yang telah beliau lakukan dan ucapkan, tetapi juga ketokohan beliau sebagai pemimpin yang begitu hebat memperjuangkan hak dan kepentingan Sarawak yang sah.

Kata Minos, sebagai pemimpin yang terkenal dan dilihat bersih, jujur, merendah diri dan benar-benar boleh diteladani, Adenan telah berjaya menyentuh hati nurani rakyat dan itulah sebabnya mereka sentiasa mengingati beliau.

Dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu semalam, calon BN daripada PBB Datuk Amar Jamilah Anu, balu Adenan, mencatat kemenangan besar dengan meraih 6,573 undi untuk mencatat 6,442 undi majoriti serta mengalahkan dua penentangnya, Raphelson Richard Hamit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, yang hanya mendapat 130 undi dan Johnny
Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star) yang memperoleh 108 undi. Kedua-dua pencabarnya itu hilang deposit.

Minos berkata kemenangan Jamilah juga bermakna rakyat terus mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap BN sebagai parti memerintah serta kepimpinan Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Rakyat terus rasa terjamin dan selesa dengan Abang Johari sebagai Ketua Menteri baharu yang akan terus mempertahankan hak Sarawak,” katanya kepada Bernama.

Minos berpendapat Jamilah adalah seorang yang dihormati dan disenangi pengundi di Tanjong Datu kerana beliau amat peramah sertai memiliki pelbagai sifat lain yang disenangi mereka.

“Ini membuktikan satu perkara kepada BN iaitu calon yang disukai mampu menang dan seperkara lagi yang tidak dapat dinafikan ialah kemenangan besar memerlukan kerja keras serta cara berkempen yang cekap dan melibatkan pelbagai pihak dalam BN,” katanya.

Minos berkata itulah kali pertama beliau melihat jentera BN benar-benar berada dalam keadaan serba lengkap apabila Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, para menteri persekutuan dan negeri serta begitu banyak VIP, mencurahkan tenaga.

Bantuan dan sokongan anggota biasa BN juga, kata beliau, begitu terserlah serta patut dipuji dan semua itu adalah hasil daripada wujudnya semangat yang tinggi, faktor ‘rasa bahagia’ dan paling penting, perasaan cinta serta hormat terhadap Adenan.

“Apabila orang mempunyai ‘faktor suka’ kerana wujudnya nama baik dan perkara lain, kemenangan akan terjamin…itulah yang berlaku di Tanjong Datu,” katanya.


Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, yang dihubungi Bernama hari ini berkata terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Tanjong Datu.

Katanya penduduk Tanjong Datu menghargai dan mengharapkan legasi Adenan akan diteruskan, manakala kesan daripada faktor “wow” Jamilah pula begitu terserlah apabila pengundi memberi kemenangan besar kepada beliau.

Ahli akademik itu berkata walaupun Jamilah tidak dapat turut berkempen kerana masih dalam edah, ketokohan beliau sebagai seorang ahli politik berjaya menarik 96 peratus undi popular.

Awang Azman berkata Jamilah, yang terkenal kerana sifat mesra rakyatnya dan memiliki cici-ciri kepimpinan sejati seperti yang terpamer melalui pembabitan beliau dalam beberapa badan sukarela, berjaya meyakinkan pemilih supaya mengundinya sebagai wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.

Beliau menganggap keputusan Abang Johari meletakkan Jamilah bertanding dalam pilihan raya kecil itu sebagai pilihan tepat dan beliau sendiri terperanjat apabila Jamilah menang dengan majoriti besar.

Awang Azman mencadangkan agar berikutan kemenangan Jamilah yang meyakinkan itu serta ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya, balu Adenan itu wajar dipertimbang untuk diberi jawatan menteri muda atau kedudukan tinggi dalam sayap Wanita PBB.

Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar Jamilah, kata Awang Azman, ialah kerja keras yang dicurahkan jentera kempen BN serta janji pembangunan yang diucapkan kerajan negeri dan persekutuan untuk kawasan Tanjong Datu.

Selain itu, kata beliau, calon PBDS Baru dan Star tidak dikenali pemilih dan mereka tahu kedua-dua calon itu tidak mampu membawa sebarang pembangunan ke kawasan mereka.

“Malah, manifesto pembangkang sudah pun dilaksanakan oleh BN Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Kategori