• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akaun FB Dedah Gaya Hidup Mewah ‘Raja Dadah ASEAN’

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Akaun Facebook Xaysana Keopimpha, yang diberi jolokan oleh pihak berkuasa Thai sebagai ‘Raja Dadah ASEAN’ berikutan sindiket penyeludupan dadah serantau yang dikendalikannya termasuk ke Singapura dan Malaysia, memberi sekilas gambaran tentang gaya hidupnya.

Menurut pihak berkuasa Thai, warga Laos berusia 41 tahun itu menjalani gaya hidup yang berlebih-lebihan, memandu kereta mewah seperti Lamborghini dan bergaul dengan golongan kelas atasan serta selebriti di negara ini.

“Raja dadah ini memberi gambaran dirinya sebagai ahli perniagaan yang kaya raya dari Laos,” kata Ketua Narcotics Suppression Bureau (NSB) Thailand, Leftenan Jeneral Sommai Kongvisaisuk kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau berkata apabila raja dadah itu yang juga dikenali sebagai ‘Mr X’ oleh pihak berkuasa berada di Thailand, dia akan menganjurkan parti dan mengundang personaliti hiburan, selebriti serta tokoh perniagaan terkemuka.

Memandangkan Xaysana kini telah pun ditahan dalam operasi membanteras dadah pada 19 Jan selepas siasatan teliti lebih lima tahun, gaya hidup berlebih-lebihan dan kemewahan luar biasa yang disyaki diperoleh daripada perdagangan dadah itu mula terbongkar.

Baca: Raja Dadah ‘Mr X’ Dedah Rangkaian Narkotik Malaysia

X

Akaun Facebook Xaysana memuatkan beberapa keping gambar dia bersama rakan mengambil swafoto berlatar belakang koleksi kereta mewah termasuk Ferrari, Bentley dan Lamborghini di kawasan kediamannya yang terbentang luas di Laos.

Satu daripada gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook itu menunjukkan Xaysana memakai baju-T tanpa lengan yang mendedahkan tatoo pada kedua-dua lengannya, duduk bersendirian di atas sebuah daripada kereta mewah miliknya itu dengan bumbung terbuka.

Selain gambar daripada Facebook yang kali terakhir dikemas kini pada 19 Disember, beberapa visual lelaki itu memandu kereta mewah bersama rakan-rakan di Thailand juga tersebar luas dalam buletin berita dan lingkungan media sosial di negara ini.

Ekoran penahanan Xaysana, pihak berkuasa Thai merampas aset bernilai lebih 200 juta baht (kira-kira RM26 juta) termasuk kereta dan motosikal mewah yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian dadah Laos.

Semalam, pegawai penguat kuasa turut merampas sebuah Lamborghini daripada suami seorang aktres terkenal Thailand kerana kenderaan mewah itu juga disyaki kepunyaan raja dadah Laos itu.

Pihak berkuasa Thai berkata mereka menjangka akan membuat beberapa lagi rampasan aset disyaki kepunyaan ‘Raja Dadah ASEAN’ dan menahan lebih banyak orang ketika mereka mempertingkatkan siasatan terhadap rangkaian dadahnya di negara ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sambutan Tahun Baharu Cina Istimewa Pramugari MAS

Next Post

T-Team Tekad Bangkit Ketika Bertemu Penang FA Esok

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

‘Saya Hanya Akan Letak Jawatan Jika Terbukti Curi Duit Rakyat’ – Anwar

19/07/2025
0

BAYAN LEPAS - "Saya tak akan turun, saya bukan curi duit rakyat." Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Next Post

T-Team Tekad Bangkit Ketika Bertemu Penang FA Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd