Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Jasin...

MELAKA - Mangsa banjir di pusat  pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, kekal 42 orang daripada 11 keluarga setakat...

Rezeki Mencurah, Zarul Terokai...

PINTU rezeki penyanyi Zarul Umbrella semakin terbuka luas selepas penglibatannya dalam Gegar Vaganza...

Serik! Didie Alias Hati-Hati...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara Didie Alias lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana...

Pemandu Treler Dibebaskan Dengan...

KUALA TERENGGANU - Pemandu treler yang merempuh dan menyebabkan kematian seorang lelaki di...

Abam Bocey Rancang Niaga Baju Jenama Sendiri

TERKENAL dengan slogan ‘Gemuk is awesome’ sewaktu mula menapak dalam industri seni tanah air, kini pelakon dan pelawak, Abam Bocey cuba mengorak langkah dalam industri perniagaan pula.

Hasrat itu dizahirkan olehnya gara-gara pengalaman dirinya sendiri sukar untuk mencari saiz baju sesuai dipakai disebabkan fizikalnya yang agak ‘comel’.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, idea itu tercetus setelah sukar untuk mencari baju saiznya dan jika ada sekalipun, pilihannya tidak memuaskan.

Abam Bocey Rancang Niaga Baju Jenama Sendiri

“Saya sebenarnya mempunyai masalah untuk mencari saiz baju seperti orang lain kerana saiz saya agak sukar untuk di jumpai.

“Cuma ada beberapa kedai tertentu sahaja yang ada menjual baju bersaiz besar dan kadang-kadang tidak mempunyai corak yang menarik untuk dipakai.

“Jadi saya merancang untuk keluarkan pakaian jenama sendiri supaya ia memudahkan orang berbadan seperti saya ini mendapatkan baju dengan pelbagai saiz dan corak untuk dipakai.


“Buat masa sekarang perkara tersebut masih dalam perbincangan mungkin saya akan keluarkan pakaian itu dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Semoga perancangan Abam untuk melebarkan sayap dalam perniagaan dipermudahkan dan secara tidak langsung membantu individu-individu yang menghadapi masalah sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Astro Gempak

Kategori