• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Dijilat Api

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Sembilan mangsa daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua unit rumah serta sebuah tokong musnah dijilat api dalam kebakaran di pekan Kuala Sepetang di sini, awal pagi tadi.

Seorang mangsa Lim See Kim, 77, berkata ketika kejadian kira-kira 5 pagi, dia terjaga daripada tidur selepas dikejutkan oleh keadaan bising di luar rumahnya.

Apabila menyedari api mulai marak, dia menjerit memanggil enam anggota keluarganya yang sedang tidur di dalam rumah separuh papan itu supaya keluar rumah untuk menyelamatkan diri, katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya semua harta benda, peralatan dalam rumah dan sebuah motosikal tidak sempat diselamatkan kerana api marak terlalu cepat, namun bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat.

Seorang lagi mangsa Aw Ah Hong, 48, berkata ketika kejadian beliau dan suami Lim Kiam Soon, 50, sedang tidur dan terjaga apabila mendengar orang menjerit ‘api’.

“Apabila saya dan suami bangun, kami lihat api di bahagian depan rumah sudah marak, kami kemudian menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah melalui pintu belakang,” katanya yang tinggal di rumah dua tingkat.

Beliau mengalami kerugian kira-kira RM80,000 apabila semua dokumen peribadi serta harta benda tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Mohamed Habib Mohamed Dali berkata 15 anggota dan empat jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Ketika anggota sampai, api sudah marak dan mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bangladesh Benarkan ‘Food Flotilla For Myamnar’ Berlabuh

Next Post

Stacy Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Stacy Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd