Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bunuh Anak, Isteri Di...

HONG KONG - Seorang warga Korea Selatan ditahan kerana disyaki membunuh isteri dan...

Bimbang Hilang Hak, Kuasa...

SHAH ALAM - Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dibimbangi akan kehilangan hak dan kuasanya...

Al-Fatihah, Ustaz Lotfi Akhirnya...

Seorang lagi rakyat Malaysia, Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, 45, diberitakan telah menghembus nafas...

Video: Satu Keluarga Terbabas...

SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam...

Bangladesh Benarkan ‘Food Flotilla For Myamnar’ Berlabuh

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal ‘Misi Kemanusiaan – Food Flotilla for Myanmar’ berlabuh di Teknaf.

Kebenaran itu diberi berikutan pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, Md. Shahidul Islam.

“Perkara tersebut kini selesai hasil hubungan baik antara Malaysia dan Bangladesh,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Malaysia mengucapkan penghargaannya kepada kerajaan Bangladesh atas kesediaan membenarkan flotila itu menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar pelabuhan berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa kerajaan Bangladesh tidak membenarkan kapal itu berlabuh di Pelabuhan Teknaf untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang berada di Bangladesh.

Kapal itu merancang untuk berlabuh di Yangon, Myanmar, sebelum menuju ke Teknaf, Bangladesh, pelabuhan yang terletak paling hampir dengan kira-kira 65,000 pelarian Rohingya di negara tersebut.


‘Food Flotilla for Myanmar’ dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) Foundation dari Turki.

Flotilla yang membawa kira-kira 2,200 tan makanan itu, berlepas dari Pelabuhan Klang semalam setelah disempurnakan pelepasannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan dijangka tiba di Yangon pada 7 atau 8 Februari.

Kira-kira 230 sukarelawan dari 13 negara yang menganggotai pasukan perubatan, pendidikan serta pengamal media tempatan dan antarabangsa, di samping wakil pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan luar negara, menyertai misi itu. – BERNAMA

Kategori