• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Basikal Di JB, 2 Masih Dirawat Di ICU

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lapan remaja yang cedera dalam kemalangan berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata dua pesakit masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala enam lagi ditempatkan di wad dan dalam keadaan stabil.

“Sehingga kini (9 pagi tadi), semua lapan pesakit itu masih dalam rawatan. Dua masih di ICU dengan tiada perubahan manakala enam lagi dalam keadaan stabil dan sedang menunggu untuk melakukan pembedahan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Dua yang masih berada di ICU adalah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13.

Mereka yang berada di wad pula adalah Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17, yang cedera di bahagian pinggul dan luka di badan; Muhamad Farhan Che Mat, 16, (patah kaki kanan); dan Abdul Samad Abdul Kadir, 16, (patah kaki kiri).

Selain itu, Muhammad Arif Salman, 15, (cedera teruk di bahagian kepala) serta Muhammad Zulfadli Yusri, 19, dan Muhammad Arasshat Abdullah, 14, kedua-duanya patah kaki kanan juga ditempatkan di wad.

Insiden pada 3 pagi itu turut meragut nyawa lapan remaja apabila basikal dinaiki kesemua mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almera di jalan terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata ketika itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi itu dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan. – BERNAMA

Tags: basikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd