• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Situasi tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat perhatian Anggota Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad yang melawat keluarga berkenaan hari ini.

Selain membawa barangan keperluan, Normala juga membantu menguruskan sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan kad pengenalan anggota keluarga tersebut.

“Disebabkan tiada sijil perkahwinan, anak-anak mereka juga tiada sijil kelahiran. Jadi untuk hari ini kita selesaikan semua masalah dokumen dahulu, kemudian baru kita tengok perkara-perkara lain yang boleh kita bantu,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga itu.

Mengulas lanjut, Normala berkata beliau difahamkan pasangan suami isteri daripada komuniti Sabah itu melangsungkan perkahwinan secara adat, justeru tidak mendaftarkannya di pejabat agama.

Kisah pasangan Al Daser Julasiri, 35 dan Norhidayah S Berry D, 25 bersama lima anak mereka iaitu Nurul Wahida, 9; Ainur Izaty, 8; Mohamad Nazriy, 6; Nurul Syazwani, 4 dan Mohamad Nizhar Alif, lapan bulan tular di laman sosial.

Bernama difahamkan keluarga itu tinggal di kaki lima tersebut sejak dua minggu lepas setelah dihalau dari rumah sewa mereka di Kampung Pertanian di sini dan mereka mendirikan papan-papan usang sebagai dinding yang melindungi ruang mereka di kaki lima berkenaan.

Al Daser pula tidak dapat bekerja sejak empat bulan lepas setelah mengalami bisul di bahagian belakang badan.

Normala berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Yayasan Pasir Gudang bagi membantu keluarga tersebut mendapat sebuah kediaman, selain menghantar anak-anak terbabit ke sekolah.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata empat anak pasangan tersebut layak menerima bantuan RM100 sebulan manakala bayi mereka dibantu RM50 sebulan.

Ketua Masyarakat Sabah di kawasan berkenaan, Ibrahim Taib berkata terdapat segelintir masyarakat Sabah yang kurang berkemampuan mengamalkan perkahwinan adat yang menyebabkan perkara-perkara seumpama itu berlaku.

“Memang tidak dinafikan ada masyarakat Sabah yang menghadapi masalah sama dengan keluarga ini berikutan faktor tidak berkemampuan selain masih berpegang kepada budaya.

“Akibatnya, mereka tidak mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat agama yang pada akhirnya menimbulkan masalah kepada mereka sendiri terutamanya kepada anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Norhidayah yang berkahwin pada usia 15 tahun berterima kasih atas keprihatinan masyarakat dan berharap anak-anaknya dapat diberi bantuan sewajarnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Normala Abdul Samadwakil rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

Firdaus Wong, Ridhuan Tee Cadangkan Penternakan Babi Di Kawasan Wakil Rakyat DAP

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis mencadangkan supaya penternakan babi dibina di kawasan yang diwakili...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd