• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Mayat Dipercayai Mangsa Tragedi Bot Karam Batu Patung

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis mengesahkan setakat 11 pagi ini enam mayat dipercayai mangsa tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemukan, kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia menemukan kesemua mayat itu di perairan Laut Sebatik, Indonesia di kawasan Sungai Taiwan dan sekitar Laut Karang Unaran.

“Menurut maklumat Konsulat Indonesia, mayat berkenaan terdiri daripada mayat seorang lelaki dewasa, dua wanita termasuk seorang hamil dan tiga kanak-kanak lelaki.

“Kesemua mayat dibawa pihak berkuasa Indonesia ke Nunukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fadil berkata pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia sedang mengesan tujuh mangsa lain yang masih hilang.

Selasa lepas, bot laju yang membawa 15 warga Indonesia termasuk juragan,  karam dipercayai dipukul ombak besar kira-kira lima hingga 10 minit selepas bertolak dari jeti Tinagat Batu Payung pada 5.30 petang ketika menuju Sungai Nyamuk Indonesia.

Dua penumpang bot tersebut bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pantai Batu Payung. – BERNAMA

Tags: bot karamMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd