Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Lesen 34 Syarikat Jualan...

KUALA LUMPUR - Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah...

Larangan Penerbitan Album Gambar...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan bertajuk “Album...

PRK DUN Rantau: Tok...

TIDAK GENTAR... Ketika PKR Negeri Sembilan 'kecoh' konon Rafizi Ramli bakal bertanding dalam...

Khairy Berseloroh Bertanding Di...

LANGKAWI : Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin secara berseloroh mengatakan akan bertanding di...

Kena Bunuh Lepas Ugut Nak Sebar Gambar Bogel

JOHOR BAHRU – Polis percaya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan terhadap seorang pemandu lori kurang dari tempoh 24 jam dengan penahanan lima individu dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini dan Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata hasil risikan yang dilakukan, kesemua mereka yang melibatkan empat lelaki dan seorang wanita berumur 23 hingga 31 tahun itu ditahan antara 3 pagi semalam dan 8.30 malam tadi.

“Pada 20 Februari lepas, polis menerima maklumat daripada petugas perubatan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah, di sini, yang mengatakan terdapat satu mayat lelaki berusia 38 tahun yang dihantar ke hospital oleh orang awam dengan identiti yang tidak dikenal pasti,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sulaiman berkata petugas perubatan tersebut mengesyaki terdapat unsur jenayah terhadap kematian lelaki itu berdasarkan kesan kecederaan yang dialaminya lalu memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata susulan itu, polis bergegas ke HSA untuk memulakan siasatan dan mendapati lelaki itu adalah seorang pemandu lori, telah berkahwin, dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Katanya, selepas menahan lima individu terbabit, polis kini sedang memburu beberapa lagi individu yang disyaki turut terlibat dengan pembunuhan itu.


“Semakan rekod mendapati seorang daripada lima yang ditahan itu memiliki rekod jenayah berkaitan bunuh, dua tahun lepas,” katanya.

Menurut Sulaiman, siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada si mati yang membuat ugutan untuk menyebarkan gambar bogel milik teman wanita seorang daripada lelaki yang ditahan.

Kelima-lima individu tersebut direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, ASP Mazlan Idris di talian 012-7566119 atau Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2232222. – BERNAMA

Kategori