• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Pegawai JAINJ Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan terima rasuah, dibebaskan dengan jaminan suruhanjaya berkenaan, hari ini.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi berkata keempat-empat lelaki terbabit yang direman sejak 21 Feb lepas dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing sebanyak RM10,000, di Pejabat SPRM Johor, kira-kira 2 petang tadi.

Kesemua mereka direman sejak 21 Februari lepas dan tempoh reman itu tamat hari ini. Bagaimanapun, Azmi enggan mengulas lanjut kes itu dan menjelaskan siasatan mengenainya masih dijalankan.

Pada 20 Februari lepas, dua pegawai kanan JAINJ berumur 55 dan 40 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor ketika hadir memberi keterangan.

Ia berhubung siasatan berkaitan menyalahgunakan kedudukan mereka di Bahagian Undang-Undang Syariah JAINJ dengan meluluskan permit penganjuran kursus praperkahwinan Islam tanpa melalui prosedur.

Kedua-duanya dipercayai meluluskan permit penganjuran kursus praperkahwinan Islam menerusi badan kebajikan dan sukan yang ditubuhkan oleh Bahagian Undang-undang Syariah JAINJ.

Sejak tahun 2015 hingga tahun lepas, kutipan bayaran peserta kursus berjumlah kira-kira RM130,000 dimasukkan ke dalam akaun badan itu.

Wang itu juga disyaki disalahgunakan untuk ahli-ahli mengerjakan umrah, melancong ke luar negara dan lain-lain aktiviti yang bersifat peribadi.

Dua lagi pegawai kanan Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru ditahan SRPM pada hari sama kerana disyaki menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat percetakan yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Negeri Johor.

Kedua-duanya yang berusia 45 dan 55 tahun masing-masing disyaki menerima wang rasuah daripada syarikat percetakan itu sebagai balasan memberi projek mencetak buku dan kitab Sekolah Agama Rakyat yang dianggarkan bernilai RM5 juta sejak 2015 sehingga sekarang. – BERNAMA

Tags: Pegawai JAINJSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd