• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Vietnam Bunuh Kim Jong-Nam Dibunuh?

oleh
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis dilaporkan berjaya menahan seorang suspek dan sedang memburu dua perisik wanita dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Mangsa yang maut itu dikenali sebagai Kim Chol turut disahkan sebenarnya ialah Kim Jong-Nam, hidup dalam buangan di Macau, China dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang ke sana dari sini.

Seorang pegawai polis kanan di Bukit Aman memberitahu akhbar berbahasa Cina, The Oriental Daily, selepas Jong-Nam dibunuh, polis berjaya menahan seorang pemandu teksi di sekitar ibu negara pada petang Isnin.

Dia dipercayai yang bertanggungjawab dalam membawa dua perisik wanita terbabit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, Selangor ke suatu lokasi yang enggan didedahkan pihak polis

“Ketika itu, Jong-Nam berada di lobi terminal lapangan terbang dan bersedia hendak memasuki ke balai pelepasan. Tiba-tiba, dua perisik wanita itu menghampirinya, dengan salah seorang menyembur sejenis racun.

“Manakala seorang lagi menggunakan sapu tangan untuk menutup mulut mangsa hampir 10 saat, bagi memastikan semburan racun itu memasuki saluran pernafasannya, sebelum mereka bergegas meninggalkan tempat itu.”

Menurut sumber tersebut lagi, dua ejen itu kemudiannya berjaya keluar dari lobi lapangan terbang dan segera menaiki sebuah teksi yang dikatakan sudah menunggu mereka apabila sudah dimaklumkan lebih awal.

GAMBAR CCTV memperlihatkan salah seorang wanita yang dipercayai suspek pembunuhan di KLIA.

Akhbar harian tempatan tersebut melaporkan bahawa pemandu teksi berkenaan ditahan hasil siasatan rapi oleh pihak polis ke atas rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) di klia2 susulan insiden pembunuhan itu.

Polis juga mendapati dua ejen rahsia itu bukan dari Korea Selatan mahupun Korea Utara, sebaliknya mereka ialah wanita Vietnam. Menurut laporan itu, polis termasuk anggota Cawangan Khas giat mengesan dua perisik itu.

“Polis percaya dua perisik itu diupah sebuah negara bagi melakukan misi kali ini. Polis juga sudah mengenal pasti semburan racun yang digunakan ejen wanita itu, ia jauh lebih toksik daripada sianida,” kata sumber itu.

Dalam pada itu di TOKYO, agensi berita tempatan Kyodo melaporkan bahawa kedua-dua suspek sudah pun dibunuh dengan memetik sumber daripada seorang pegawai kanan Jepun yang tidak didedahkan namanya.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak menyatakan sama ada pembunuh berkenaan terpaksa membunuh diri mereka sendiri atau pun mungkin dibunuh pihak lain bagi menutup bukti suspek kejadian berprofil tinggi itu.

Lazimnya dalam kebanyakan kes serupa sebelum ini, ejen perisik Korea Utara akan membunuh diri selepas melakukan tugasan diarahkan untuk memadam rahsia insiden berkenaan. – Agensi/Myewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd