• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Anggota Geng Curi Motosikal Ditahan

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal yang aktif di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) ditahan di Bukit Mertajam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kedua-dua lelaki yang berusia awal 20-an itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah, kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki itu adalah anggota geng curi motosikal di sekitar daerah ini dan mereka dipercayai aktif sejak beberapa bulan lepas.

“Terbaru mereka dipercayai turut terlibat dalam kes curi motosikal di sebuah apartmen di Jalan Perda Utama di sini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi geng itu ialah mencuri motosikal sebelum menjual dengan harga murah atau meleraikan komponennya dan dijual kepada rakan-rakan mereka.

Nik Ros Azhan berkata suspek kemudiannya membuang rangka motosikal ke dalam Sungai Jarak, Tasek Gelugor dekat sini dan polis turut menemui satu rangka kenderaan itu yang dilaporkan hilang di Bukit Tengah minggu lepas, di situ.

Dalam pada itu, katanya polis menahan dua lelaki yang terlibat dalam beberapa kes pecah bengkel kenderaan di sekitar daerah SPT dalam serbuan di Taman Belimbing di sini, Jumaat lepas.

Katanya dua lelaki berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 3 petang hasil maklumat awam serta risikan dan polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 3.42 gram daripada mereka.

“Susulan penahanan mereka, polis menemui beberapa barang yang mereka curi dari sebuah bengkel di Lorong Limau Manis antaranya rim dan tayar motosikal,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikalpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd