• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kanak-Kanak Terselamat Rumah Musnah Terbakar

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tiga belas termasuk lima kanak-kanak terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Pinang Jawa, dekat sini petang ini.

Selain lima kanak-kanak terbabit, lapan lagi mangsa melibatkan empat lelaki dewasa dan empat wanita dewasa dari dua keluarga berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari rumah didiami mereka itu terbakar.

Seorang saksi, Wan Teridi Wan Adi, 62, yang tinggal di sebelah rumah yang hangus dalam kebakaran itu, berkata dia menyedari kebakaran bermula dari bahagian bawah rumah dua tingkat separa kekal itu.

“Saya tidak pasti punca kebakaran. Saya cuba padamkan api menggunakan air namun gagal…cuba padamkan api gunakan hos juga tidak dapat kerana pendek dan api semakin marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wan Teridi berkata beliau kemudian membantu mangsa yang keluar menyelamatkan diri untuk menumpang di sebuah rumah jiran yang terletak di belakang rumah yang terbakar itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Petrajaya, Muhammad Mirza Dzalmira Miraj berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 2.30 petang sebelum 10 anggota bersama beberapa jentera tiba di lokasi kejadian dalam masa 12 minit.

Selain anggota Balai Bomba Petrajaya, beliau berkata 19 anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dan Balai Bomba Padungan turut membantu memadamkan kebakaran itu.

“Setiba di lokasi, rumah dua tingkat separuh kekal itu sudah 90 peratus terbakar. Kebakaran juga melibatkan tiga buah kereta,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd