• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Yamaha Beri 15 Motosikal Percuma April Ini?

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ini satu berita baik kepada orang ramai yang mengidamkan motosikal baru untuk permulaan tahun 2017 apabila sebuah akaun Facebook yang menggunakan nama Yamaha Motor Malaysia Sdn. Bhd. menawarkan 15 buah motosikal pada April ini.

Menerusi akaun tersebut, pemenang bertuah akan menerima motosikal jenis Yamaha 150ZR berwarna biru dengan hanya ‘like’ posting, kongsi dan meninggalkan komen di ruangan akaun tersebut serta penyertaan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kononnya, pemberian motosikal secara percuma adalah bersempena ulang tahun syarikat tersebut pada April tahun ini.

Yamaha Beri Motosikal Percuma April Ini?

Nyata, perkongsian tersebut mendapat sambutan daripada netizen yang turut menyertai dan merebut peluang untuk memiliki motosikal tersebut.

Namun, menerusi sebuah blog permotoran, Hong Leong Yamaha Motor menafikan iklan melalui akaun Facebook yang mengggunakan nama syarikat tersebut iaitu kononnya akan memberikan hadiah motosikal kepada 15 orang yang bertuah.

Syarikat tersebut turut menjelaskan mereka tiada kaitan dengan akaun Facebook tersebut  dan ia adalah satu penipuan.

Susulan itu, netizen dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan iklan yang menggunakan nama syarikat tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima perhatian netizen dengan lebih 40 ribu komen dan disukai dalam tempoh yang singkat.

Pemerhatian Mynewshub mendapati akaun yang menggunakan nama syarikat Yamaha itu masih lagi ‘beroperasi’ dengan memuat naik gambar motosikal lain untuk dihadiahkan kepada netizen.

Kali ini, netizen ‘ditawarkan’ hadiah motosikal jenis Yamaha MT-07 berwarna biru dan hanya boleh dimiliki melalui cara yang sama sebelum ini.

Yamaha Beri Motosikal Percuma April Ini?

Bukan sahaja pengeluar motosikal Yamaha menjadi mangsa, motosikal jenis Kawasaki juga dijadikan ‘hadiah’ kepada orang ramai di laman Facebook.

Namun, menerusi ruangan komen, ada netizen yang sudah mengetahui modus operandi individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun Facebook berpengaruh untuk menipu.

Ada yang menganggap tawaran hadiah tersebut hanyalah sebagai gurauan ‘April Fool’ kerana tiada syarikat motosikal yang memberikan 15 buah motosikal percuma kepada orang ramai dengan mudah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KawasakimotosikalpercumaYamaha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd