• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Hadapi 4 Pertuduhan Pemerdagangan

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga asing untuk eksploitasi seks, Ogos tahun lalu.

Lie Haa, 73, dari Kampung Pahang, di Tapah, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kesemua tuduhan itu di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa memperdagangkan tiga wanita rakyat Vietnam dan seorang rakyat China berusia antara 24 hingga 44 tahun, bagi maksud eksploitasi seks pada kira-kira pukul 11 malam, 1 Ogos tahun lalu di rumah bernombor C2, Kampung Pahang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.

Lie Haa turut membuat pengakuan tidak bersalah atas empat pertuduhan pilihan iaitu didakwa hidup daripada hasil persundalan wanita-wanita terlibat pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut seksyen 372A Kanun Keseksaan.

Hakim Norita membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan menetapkan kes disebut semula pada 19 Januari untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusiawarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd