Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Kassim Ahmad Sertai UMNO...

KUALA LUMPUR - Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986...

Anak ‘Istimewa’ Bantu Jaga...

SEORANG kanak-kanak Sindrom Down berusia empat tahun menyentuh hati netizen apabila ringan tulang...

FAMA Sedia Proses Lambakan...

MACHANG – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memproses buah durian untuk dijadikan...

Kabel Dasar Laut Sea-Me-We...

SINGAPURA - Kabel dasar laut Asia Tenggara-Timur Tengahh-Eropah Timur 5 (SEA-ME-WE 5) berjaya...

Wanita Ditahan Reman Bukan Ibu Muhammad Adam

SEREMBAN – Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin, Jumaat lepas, didapati bukan ibu kandung kanak-kanak malang itu.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata penemuan berkenaan diperoleh hasil soal siasat pihak polis terhadap wanita berusia 36 tahun itu.

Menurutnya, penemuan terbaharu hasil siasatan itu juga menunjukkan wanita itu berkemungkinan mengambil upah menjaga kanak-kanak berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa Muhammad Adam bukanlah anaknya sebaliknya anak rakannya. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu dan wanita terbabit masih ditahan reman sehingga esok.

“Setakat ini, kita belum kenal pasti identiti ibu kandung mangsa. Kita perlu memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamazah berkata polis mungkin akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas berjaya mengesan ibu kandung Muhammad Adam.

“Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang membuat penilaian dari segi kelayakan untuk menjaga kanak-kanak itu berikutan sebelum ini bapa wanita berkenaan menawarkan diri untuk menjaganya,” katanya.


Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut.

Tindakan itu susulan laporan polis yang diterima daripada ketua kampung pada 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah yang berkeadaan gelap dan berkunci.

Susulan itu, seorang wanita yang dikatakan ibu Muhammad Adam ditahan reman untuk membantu siasatan manakala Muhammad Adam masih dirawat di Hospital Tampin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori