Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Rompak Kedai Serbaneka, 2...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat masing-masing dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen...

Pemimpin Taat Pada Parti...

DEWAN Ulama Pas menegaskan perpecahan yang berlaku dalam PAS adalah disebabkan sikap tidak...

Nabil Ahmad Kini Bergelar...

NABIL Ahmad sememangnya seorang yang mempunyai visi dan misi yang kukuh untuk terus...

Kecanggihan Teknologi Mengubah Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Kecanggihan teknologi seperti data raya dan kepintaran buatan akan mengubah...

Video: Pencabul ‘Layu’ Dibelasah Di Melaka

RAKAMAN video seorang pencabul yang dibelasah setelah berjaya ditangkap oleh orang ramai di sebuah kawasan perumahan di Krubong, Melaka, tersebar sejak semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 itu, suspek yang dianggarkan berusia 20-an itu ‘lunyai teruk’ akibat tidak mampu mempertahankan diri setelah dibelasah penduduk setempat.

Kejadian difahamkan berpunca apabila suspek yang berbangsa India itu membawa seorang kanak-kanak perempuan ke sebuah kedai berhampiran dan mencabul kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu kemudiannya memberitahu kejadian tersebut kepada ahli keluarganya tentang prilaku lelaki tersebut yang juga difahamkan merupakan saudara mereka.


Keluarga mangsa kemudian bertemu dengan lelaki terbabit sebelum membelasahnya yang mana turut disertai penduduk setempat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori