• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Update Kes Tangkapan Ketua Setiausaha KKLW

oleh AK-47
08/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERHUBUNG perkembangan siasatan kes ke atas KSU KKLW, SPRM telah merampas sejumlah dokumen yang disyaki mempunyai maklumat-maklumat penglibatan suspek dalam penyelewengan dan perbuatan rasuah.

Menurut sumber, selepas meneliti kesemua dokumen yang dirampas, SPRM dijangka akan memanggil kontraktor dan vendor-vendor yang dipercayai telah dianugerahkan projek-projek ketika suspek memegang jawatan tersebut.

Selain itu, beberapa pegawai dan kakitangan KKLW dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat.

Difahamkan, SPRM juga menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan yang sama di kementerian yang lain sebelum dilantik sebagai KSU KKLW.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Dato’ Azam Baki ketika dihubungi berkata siasatan masih di peringkat awal dan SPRM dijangka untuk merampas lebih banyak dokumen berhubung siasatan ini.

Beliau berkata setakat ini tidak ada tangkapan baru namun tidak menolak akan ada tangkapan pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ketua Setiausaha KKLWSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd