• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpahan Merkuri Di Pejabat JKR Seremban

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kira-kira 20 warga kerja Jabatan Kerja Raya di tingkat dua Blok A Wisma Negeri di sini terpaksa meninggalkan pejabat susulan tumpahan merkuri daripada seunit termometer dinding.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N. Sundradarum berkata sebuah jentera dan lima anggota digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 11.13 pagi tadi.

“Pemeriksaan mendapati termometer yang dipasang di dinding pejabat terjatuh dan pecah, menyebabkan merkuri di dalamnya tumpah. Kami mengosongkan pejabat sebelum meminta bantuan Hazmat untuk kerja-kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga berkata keadaan didapati tidak berbahaya kerana kuantiti merkuri yang tumpah adalah sedikit dan semua petugas dibenarkan kembali ke pejabat selepas kerja-kerja pembersihan selesai. – BERNAMA

Tags: BombaMerkuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Tumpahan Merkuri Di Makmal Sekolah, HAZMAT Bertindak Pantas Elak Risiko Lebih Besar

Tumpahan Merkuri Di Makmal Sekolah, HAZMAT Bertindak Pantas Elak Risiko Lebih Besar

28/04/2026
0

BALIK PULAU, PULAU PINANG – Satu insiden tumpahan bahan kimia berbahaya melibatkan merkuri dilaporkan berlaku di sebuah makmal sains di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd