• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRW Guna Pemain `Mampu Milik’ – Annuar

oleh
08/01/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan The Red Warrior (TRW) mungkin pasukan dengan bajet paling kecil yang bersaing dalam Liga Super pada musim ini.

Penaja baharunya yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya hanya mampu membantu 70 peratus daripada keseluruhan bajet pasukan itu.

“Mereka perlu berjimat. Potong bajet 30 peratus dan mungkin menjadii pasukan Liga Super dengan bajet paling kecil.

“Sebab itu saya tidak menaruh harapan terlalu tinggi. Cukup sekadar menyelamatkan TRW daripada berkubur setelah ia umpama ayam tak patuk, itik tak bersudu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, KAFA perlu menyenarai pendek pemain yang menawar harga ‘mampu milik’ iaitu rata rata 40 hingga 50 peratus lebih rendah daripada lazim dibayar.

Justeru, katanya, buat pertama kali pasukan Kelantan perlu menggunakan pemain import yang menerima gaji lebih rendah daripada segelintir pemain tempatan.

“Dan gaji jurulatih lebih rendah dari gaji pemain,” katanya.

Kaitan: Krisis The Red Worriors Drama Terbaik 2016/2017

Menurut beliau, segelintir pihak menganggap krisis kewangan yang dihadapi KAFA seperti drama maka beliau menyindir ramai lari daripada drama itu kerana perlu berhempas pulas mencari dana berpuluh juta ringgit.

“Bagi setengah orang kononnya drama baru tamat sedangkan bagi saya drama baru bermula. Menjadi peminta sedekah moden menebal muka cari kawan untuk bantu `team’ kesayangan saya.

“Bagi yang tidak berdrama mereka boleh terus `enjoy’ memicit telefon pintar dengan penuh kepandaian, kejujuran, kecintaan dan kecaknaan,” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar Musabola sepakKAFATRW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dakwaan Buah-Buahan Tin Thailand Ada HIV Tak Berasas

Next Post

Doktor Berkhatan Perlu Pikul Tanggungjawab

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post

Doktor Berkhatan Perlu Pikul Tanggungjawab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd