• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Berkhatan Perlu Pikul Tanggungjawab

oleh
08/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kejadian kemaluan kanak-kanak putus ketika berkhatan berlaku sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaru tersebut membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan beramai-ramai pada 25 November 2016.

“Kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Kecemasan di Hospital Selayang dua hari selepas itu iaitu pada 27 November 2016,

“Ibu bapanya mendapati berlakunya pendarahan pada kemaluan dan air kencing kanak-kanak tersebut mengalir keluar daripada lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan kepada saluran kencing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, doktor pakar memaklumkan ibu bapa terbabit rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan setelah saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar.

Kata beliau, Fistula korona tersebut akan dirawat dengan pembedahan setelah tisu-tisu sekelilingnya sembuh, namun ibu bapanya memutuskan untuk mendapat pendapat lain daripada pakar di hospital swasta.

“Mereka menandatangani pelepasan keluar hospital atas tanggungan risiko sendiri. Hospital Selayang memberikan ibu bapa catatan rujukan ringkas buat hospital swasta yang berkenaan bagi menjelaskan status pesakit. Mereka bagaimanapun boleh datang semula mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya, Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu sambil menegaskan semua pengamal kesihatan yang menjalankan prosedur berkhatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kompetensi dan pengalaman yang mencukupi untuk menjalankan prosedur itu.

“Mereka diingatkan bahawa sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing pengamal kesihatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BerkhatanKementerian Kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd