• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Catamaran: Kawasan Carian Diperluas

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong yang karam Sabtu lepas diperluas kepada 3,000 batu nautika persegi hari ini, hari keempat tragedi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata sebanyak 20 aset udara dan laut terlibat dalam operasi merangkumi lima kapal, tujuh bot dan lapan pesawat milik Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, APMM, Polis Diraja Malaysia dan juga Brunei.

Pihak berkuasa Brunei menugaskan sebuah helikopter dan sebuah kapal dengan tumpuan operasi di kawasan perairan negara itu, katanya.

“Pada hari keempat ini kita tumpukan kepada carian di permukaan laut dari udara kerana hari ini adalah hari ‘the golden hour’ (hari-hari terakhir) untuk kita menemukan mereka yang masih hilang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kawasan carian tertumpu di 30 batu nautika di utara Pulau Labuan menghala ke barat.

Mengenai peluang mangsa yang masih hilang untuk hidup, Adam berkata APMM pernah menyelamatkan mangsa pada hari ke-10 di laut.

“Ada banyak faktor yang menyumbang kepada daya tahan badan tetapi dengan keadaan panas, kehausan, kekurangan air dalam badan serta keadaan laut selain kebarangkalian jaket keselamatan tidak dapat bertahan, agar sukar untuk kami pastikan (peluang mangsa bertahan selepas empat hari),” katanya.

Mengenai percanggahan maklumat berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang sama ada enam atau lima, Adam berkata APMM masih menunggu hasil siasatan polis.

Percanggahan itu timbul apabila operator bot memberi senarai berbeza dengan senarai yang ada di atas bot semasa kejadian, katanya.

Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lalu, bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal tersebut karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.

Setakat ini, 25 mangsa ditemukan termasuk tiga yang maut. – BERNAMA

Tags: botCatamaranPulau Mengalum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

25/09/2018
0

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd