Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

ABIM Gesa Pihak Berkuasa...

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap mereka...

Himpunan Gambar Tahun Baharu...

PERAYAAN Tahun Baharu merupakan satu sambutan yang disambut di seluruh dunia tidak kira...

Prabowo Runding Lantikan Kabinet...

JAKARTA: Bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengunjungi sekutu pentingnya pada 11 April, hari...

Projek Kereta Api Tanah...

Makkah - Pembinaan Projek Kereta Api Tanah Haram (Haramain) sudah 90 peratus siap.Ketua...

Trafik Di Timur Selat Johor, Singapura Tidak Terjejas

SINGAPURA – Keadaan trafik perkapalan di timur Selat Johor dan operasi di pelabuhan Singapura tidak terjejas selepas pelanggaran dua kapal kontena di luar pelabuhan Pasir Gudang, Johor, demikian menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini.

Pelanggaran itu melibatkan kapal kontena WAN HAi 301 yang berdaftar di Singapura dan kapal kontena APL DENVER yang berdaftar di Gibraltar.

Dalam satu kenyataan di sini, MPA beberapa tompokan minyak kelihatan dan tumpahan itu dapat dikawal di luar bahagian barat Pulau Ubin.

Menurut pihak berkuasa, ia telah menggerakkan lapan kapal antipencemaran dengan keupayaan mememancutkan bahan penyerak bagi membersihkan tumpahan minyak.

Menurut kenyataan itu, tiada laporan mengenai kecederaan.

MPA berkata sebagai negara tempat WAN HAI 301 didaftarkan, ia juga akan menyiasat punca kejadian itu.


Menurut MPA, APL DENVER melaporkan satu daripada tangkinya mengalami kerosakan menyebabkan tumpahan minyak dianggarkan sebanyak 300 tan.

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menggerakkan empat kapal antipencemaran ke tempat kejadian dan membendung kawasan di sekitar kapal APL DENVER bagi mengawal tumpahan minyak, kata kenyataan itu.

MPA berkata ia telah dimaklumkan oleh LPJ mengenai kejadian itu pada kira-kira 11.50 malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori