• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Hadiri Tahlil, Ziarah Keluarga Allahyarham Adenan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, di kediaman bekas Ketua Menteri Sarawak itu, “Damai Jaya” di Santubong dekat sini hari ini.

Dalam kunjungannya ke sini, Ahmad Zahid diiringi oleh Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ketibaan beliau pada pukul 6.25 petang disambut oleh Ketua Menteri yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, balu kepada Allahyarham Adenan, Puan Sri Jamilah Anu dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohammad Morshidi Abdul Ghani.

Ahmad Zahid akan bersama-sama solat Maghrib dan Isyak serta menyertai Majlis Tahlil yang diadakan untuk Allahyarham Adenan.

Terdahulu, Zahid melawat pusara Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan lain-lain.

Adenan meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada usia 72 tahun, Rabu lepas di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan dekat sini. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Tan Sri Adenan SatemDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidisarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd