• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tottenham Hotspur, Alli Musnahkan Harapan Chelsea

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perancang tengah yang berada dalam prestasi terbaik, Dele Alli menanduk masuk dua gol ketika Tottenham Hotspur menewaskan Chelsea 2-0, awal pagi tadi sekali gus memusnahkan harapan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu untuk merekod kemenangan ke-14 berturut-turut.

Chelsea sedang memburu rekod untuk menjadi pasukan pertama mencatat 14 kemenangan berturut-turut semusim, tetapi gol Alli, yang kedua-duanya hasil umpanan Christian Eriksen menafikannya.

Skuad kendalian Antonio Conte kini sekadar menyamai pencapaian semusim 13 kemenangan berturut-turut Arsenal pada 2002 untuk lima mata kekal mengatasi pasukan tangga kedua Liverpool.

Tetapi kemenangan itu kembali menyalakan harapan kepada pencabarnya, termasuk Tottenham, yang kini memintas Manchester City dan Arsenal ke kedudukan ketiga, tujuh mata di belakangnya.
Alli, 20, kini sudah menyumbat gol berganda ketiga berturut-turut dan dua jaringan terbarunya itu membolehkan skuad Mauricio Pochettino meraih kemenangan kelima berturut-turut.

Ia juga membolehkan Spurs membalas dendam, keduanya-dua ketika tumpas 2-1 kepada Chelsea pada November lalu dan terikat 2-2 di Stamford Bridge, Mei lalu yang menamatkan pemburuan liga mereka pada musim lalu. Pochettino, sementara itu pula boleh meraikan perlawanan ke-150 EPL sebagai pengurus dengan gembira. – AFP

Tags: Chelsealiga perdana inggeris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd